Helmet K-Racing Dan Galaxy Bercorak Grafik Gaya Moden dari KYT

TIADA yang lebih menarik sebaik menghabiskan tempoh berkurung PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini apabila kita mampu melakukan aktiviti bermotor (ride) yang sudah tertunda sejak sekian lama.
Menambah keghariahan para pemilik motosikal apabila dapat mengenakan topi keledar baharu dan menarik. Jika anda menanti keghairahan ini, namun masih tercari-cari dan belum menemui topi keledar yang sesuai, apa kata anda selidik dahulu model terbaharu KYT Hellcat ini.

Dua model Hellcat yang ditawarkan iaitu K-Racing dan Galaxy merupakan topi keledar dalam segmen entry level. Paling sesuai untuk mereka yang mencari topi keledar yang ekonomi dan mampu dipakai untuk kerja-kerja seharian.

Menarik mengenai model ini, selain corak grafik gaya moden, pelapik pipi bagi kedua-dua model ini boleh ditanggalkan. Begitu juga bahagian atas kepala, turut boleh ditanggalkan bagi mereka yang sentiasa menjaga kebersihan topi kaledar mereka.

Di bahagian pengudaraan, dua model terbaharu Hellcat ini menyediakan dua lubang pengudaraan di bahagian depan dan dua lubang di bahagian belakang. Pengguna hanya perlu menolak pembukanya dengan menolak ke bahagian belakang.

Visor atau cermin perlindungan muka boleh ditukar warna mengikut cita rasa pengguna dan ia boleh dilaras pada 4 tahap pembukaan sahaja. Jangan risau, setiap model ini turut dilengkapi perlindungan cahaya dengan penambahan visor gelap dibahagian dalaman.

Hanya diperlukan adalah dengan menolak butang yang disediakan disebelah sisi kiri topi keledar terbabit.

Untuk model K-Racing dua pilihan warna menjadi pilihan anda – K-Racing BK/Aqua dan K-Racing BK/Red. Sementara bagi model Galaxy Slide #6, ia mempunyai 3 pilihan menarik bermula dari New Graphic Matt Red, New Graphic Yellow dan New Graphic Pink bagi penunggang atau pembonceng Wanita.

Bagi mereka yang mencari model terbaharu KYT Hellcat ini, MKH Motorpart (M) Sdn Bhd, kesemua model ini dijual pada tag harga RM300.

Untuk info, jenama KYT dilahirkan atas idea pengasasnya, Eddy Tedjakusuma sebagai satu projek yang dikenali “Racing Idea Project” sejak tahun 1980. Bermula dari situ bermulanya kewujudan kumpulan PT TARA – syarikat pembuatan pengeluaran topi keledar terbesar di dunia sehingga hari ini.

Dengan perkembangan yang pesat dalam industri motosikal, jenama KYT berkembang pesat dan semakin dominan di pasaran Asia dan dunia. Syarikat PT TARA juga pada hari ini telah dianggap sebagai pembuatan global utama yang memfokuskan pengeluaran helmet motosikal.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (HQ)
No.40, Jalan TTP5 Taman Perindustrian Putra
47130 Puchong, Selangor
No Tel : 03-5880 5533

MKA Motorparts (M) Sdn Bhd (Warehouse)
135 & 137, Jalan Murni Sungai Dua,
13800 Butterworth,
Pulau Pinang.
No Tel : 04 – 356 2100

Emel : info@motorparts.asia

Facebook : https://www.facebook.com/MKA.Motorparts/
Facebook : https://www.facebook.com/racingboy.my/
Facebook : https://www.facebook.com/SUOMYMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/KYTMALAYSIA/
Facebook : https://www.facebook.com/r9exhaust.my/

MKA Website: http://www.motorparts.asia/
Racingboy Website : https://www.racingboy.com.my/
Suomy Website: http://www.suomy.com/en/
KYT Website: http://www.kythelmet.com/
R9 Exhaust Website: http://r9exhaust.com/