Taikom Racing pembuat aksesori tambahan bagi model-model popular di Malaysia, sekali lagi menampilkan dua produk terbaharu mereka, Racing Block Comp dan Racing Piston Comp dari jenis perlumbaan.
Bukan sekadar gimik aksesori tambahan, kemampuan produk Taikom Racing sudah terbukti dan bagi pemilik motosikal hari ini, nama Taikom Racing sememangnya tidak asing bagi mereka yang mahukan jentera yang laju dan agresif menyamai sebuah jentera perlumbaan.
Block Comp Racing dan Piston Comp Taikom Racing juga merupakan produk yang dicipta hasil penyelidikan dari arena perlumbaan tempatan.
Dua pakej berbeza ditampilkan oleh Taikom Racing demi memudahkan pelanggan membuat pilihan terbaik untuk motosikal mereka. Ia dibekalkan dengan pakej penuh (Racing Block Comp) atau pakej kedua, Racing Piston Comp.
Untuk pakej penuh (Racing Block Comp), Taikom Racing menyediakan perumah, blok, piston termasuk ring sekali. Manakala untuk Racing Piston Comp yang terdiri dari piston dan turut disertakan dengan ring dalam satu pakej.
Untuk pakej Racing Block Comp, hanya tiga model pilihan ditawarkan iaitu Yamaha, Honda dan Modenas. Antara model Yamaha yang ditawarkan ialah Ego, Y125Z, SRL110, SRL115, SLL115 (suntikan penuh) dan LC135.
Bagi Honda pula model pilihan seperti EX5, Wave 100, EX5 Dream, Wave 110, Wave 125 dan EX5 Class 1, sementara Modenas (Kriss, CT100, Kriss, GT128) sahaja.
Lima model pilihan bagi pakej Racing Piston Comp iaitu Yamaha, Honda, Modenas, Kawasaki dan Suzuki merupakan model jenama racing piston comp yang disediakan oleh Taikom Racing. Antara model Yamaha seperti Y125Z, VR150, LC135 dan model moped seperti Ego dan Nouvo. Sementara bagi model Honda pula, terdapat pilihan bagi Sonic, Sonic (KGH) dan EX5.
Bagi model Modenas pula hanya terdapat bagi jenis jentera AN90 dan AN150, Kawasaki (Cheer110) dan Suzuki pula disediakan untuk model BOSS250.
Piston atau dalam Bahasa Melayu disebut omboh ialah komponen enjin yang fungsi utamanya adalah sebagai nadi penggerak sesebuah enjin motosikal.
Fungsinya mengambil bahan api, memampatkan, meletupkan dan membuang sisa pembakaran di kebuk pembakaran lalu ia membawa daya tujuhan hasil dari letupan itu untuk menghasilkan kuasa enjin.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Wei Shern Auto Parts Sdn Bhd
Plot 141B, Lorong Perindustrian
Bukit Minyak 11, Mukim 13,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang
Whatsapp : +60 19-558 8137
Emel : taikomracing@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/taikom.my/
Web : https://www.taikomracing.com/