Pada 24 dan 25 Oktober lalu, telah berlangsungnya Family Day Jerejak Crew yang bertempat di Lost Paradise Tanjung Bunga. Ini adalah kali pertama Jerejak Crew menganjurkan program hari keluarga bagi menghimpunkan ahli-ahli keluarga Jerejak Crew sekali gus mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama ahli dan keluarga.
Program dimulakan pada 24 Oktober di mana para peserta telah mendaftar masuk ke hotel sekitar pukul 3.00 petang dan diikuti acara bebas. Ada yang mengambil peluang ini untuk berehat, ada yang menyediakan persiapan untuk acara pada sebelah malam dan tidak kurang juga menghabiskan masa dengan bermandi-manda di kolam bersama keluarga masing-masing.
Ahli-ahli Jerejak Crew dan tetamu yang dijemput mula tiba pada pukul 8.00 malam termasuk wakil majalah Roadstar dari kawasan utara iaitu saudara Pak Art. Selain itu, Jerejak Crew turut menjemput RS Island Community untuk memeriahkan lagi penganjuran Family Day ini. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh admin Jerejak Crew diikuti bacaan doa selamat.
Pelbagai aturcara telah disusun bagi menyemarakkan lagi penganjuran Family Day yang julung kali diadakan ini. Antaranya seperti barbeku (kambing dan sosej), satay serta nasi hujan panas. Turut diadakan adalah pertandingan karaoke yang disertai seramai 15 orang peserta. Bukan itu sahaja, kanak-kanak turut dilupakan dan pihak penganjur telah menyediakan ais-krim secara percuma.
Aturcara diteruskan lagi dengan aktiviti memancing dan sembang-sembang lepak bersama ahli-ahli lain. Program Family Day berakhir pada 25 Oktober. Sebelum mendaftar keluar dari hotel, para peserta sekali lagi mengambil peluang ini bermandi-manda di kolam. Bagi makluman, semua perbelanjaan makan, minum, karaoke, set floating garden adalah di bawah tanggungan duit tabung kelab. Cuma sewa bilih sahaja yang dibayar oleh ahli-ahli Jerejak Crew. Bukan kaleng-kaleng!
Antara penaja yang sudi menaja program Family Day ini adalah;
AFJ Print Studio
Empire Bike Wash Route 231
Route P14 Balik Pulau K Bob
Pauh Moto
Fisha Travel & Tour
RS Island Community