Jenama produk luaran ultra-prestasi – Onedry, jenama terkemuka dalam kelengkapan prestasi luar, hari ini secara rasmi mengumumkan kerjasama strategik dengan ZK Racing.
Sinonim dengan produk baju hujan kalis air dan antara produk yang cukup trending dikalangan pengguna motosikal tempatan, Onedry juga menyambar dua pelumba negara, Hakim Danish Ramli (MT Helmets MSI) dan Qabil Irfan Azlan (juara keseluruhan kategori ESBK Talent 2025) untuk membawa nama Onedry ke pentas kejuaraan dunia.
Dua pelumba muda berbakat Malaysia, Hakim Danish dan Qabil Irfan mencerminkan misi utama Onedry untuk mengenal pasti, memupuk, dan memperkasa bakat anak watan di pentas dunia. Dengan membekalkan kelengkapan perlindungan bertaraf dunia dan sokongan menyeluruh, Onedry bertekad untuk menjadi penggerak utama dalam perjalanan mereka dari peringkat tempatan ke pentas antarabangsa.
“Di Onedry, kami percaya bahawa barisan juara dunia masa hadapan berada di sini, di Malaysia. Kerjasama kami dengan ZK Racing untuk menyokong Hakim Danish dan Qabil Irfan adalah bukti komitmen kami terhadap
kecemerlangan dalam apa jua bidang,” kata See Jia Jie yang bertindak selaku jurucakap Onedry.
Sementara itu, Onedry turut memperkenalkan inovasi teknikal terbaharu yang direka khas untuk mereka yang mementingkan perlindungan dan gaya tanpa kompromi. Antara produk yang ditawarkan oleh Onedery adalah seperti berikut;
1. Onedry Raincoat Ultra: Standard baharu dalam perlindungan kalis air, direka khas untuk menghadapi persekitaran ekstrem.
2. Onedry Boost 1.0 Backpack (30L): Beg galas kalis air berkapasiti tinggi
untuk kegunaan lasak dan pengembaraan.
3. Onedry Boost 1.0 Waist Bag: Beg pinggang fungsional dengan pilihan warna premium Hitam (Black) dan Kelabu (Stone Grey).
4. Waist Bag Lite: Pilihan ringkas dan ringan untuk keperluan harian yang
lebih praktikal.
Untuk info pengguna, semua produk jenama Onedry boleh didapati menerusi pembelian di atas platform Tiktok buat masa ini.