GIVI E43NTL-Adv; Lebih Besar, Lebih Menarik!

PEMBUAT barangan aksesori motosikal dari Itali, Givi Malaysia memperkenalkan kotak simpan barang, E43NTL-Adv Mulebox Advance Series dengan rekaan yang lebih sporti dan tampil selamat. Untuk rekod, Monolock adalah sistem yang dipatenkan oleh GIVI khusus bagi kotak bersaiz kecil dan sederhana yang digunakan untuk motosikal yang berkapasiti sederhana terutamanya bagi jentera berkuasa 250cc ke atas.

Berbanding dengan kotak simpan barang Givi sebelum ini, E43NTL-Adv Monolock Top hadir dengan rekabentuk petak selain menampilkan beberapa ciri/aksesori terbaharu yang diyakini lebih selamat dan lebih besar. Siri canggih E43NTL-Adv Monolock Top turut dilengkapi dengan aksesori tambahan seperti jaring elastik bagi memudahkan anda membawa barangan kecil dan tidak mudah rosak selain beberapa aksesoari tambahan seperti sandaran khas yang selesa di bahagian belakang pembonceng dan pelapik dalaman dipasang kemas di bahagian dalaman.

Model terbaharu kotak penyimpanan dari Givi ini mempunyai kapasiti penyimpanan bersaiz 43 liter, bukan sahaja mampu menampung muatan maksimum 5kg malah turut memuatkan dua topi keledar penuh dalam kotak penyimpanan tersebut. Untuk rekod, GIVI merupakan pengeluar aksesori motosikal terulung yang bukan sahaja menampilkan pelbagai variasi kotak penyimpanan motosikal malah turut tampil bergaya dengan produk lain antaranya topi keledar, jaket hujan dan pelbagai aksesori motosikal lain.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
GIVI Asia Sdn. Bhd.
No. 11 & 13, Jalan Jasmine,
Seksyen BB10,
Kawasan Perindustrian Bukit Beruntung,
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel: 03 – 6028 3800
Emel : enquiry@givi.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/givimalaysia/
Web : https://www.givi.com.my/