GIVI Beri Sumbangan Barang Keperluan Kanak-kanak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, Serdang

GIVI dengan kerjasama Careta dan National Disaster Management Agency Malaysia (NADMA) di bawah inisiatif #GIVISTACARES telah memberikan sumbangan beberapa barang keperluan kepada Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, Serdang.

Antara barang-barang yang disumbangkan adalah seperti meja, kerusi, buku-buku, alat-alat tulis termasuk peralatan mewarna untuk pesakit kanak-kanak yang masih lagi menjalani kuarantin juga rawatan di pusat kuarantin ini. Sumbangan telah diserahkan kepada Dr. Shahabuddin Ibrahim, Pengarah Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19, MAEPS 2.0.

Semasa program penyerahan sumbangan berlangsung, para peserta telah disambut oleh para petugas barisan hadapan. Diharapkan sumbangan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan oleh kanak-kanak di pusat rawatan ini dan semoga kes harian akan menurun serta keadaan kembali seperti biasa.

Kekal duduk di rumah dan kekal selamat!