Pelumba pasukan HI-REV SCK Honda Racing, Helmi Azman telah memenangi gelaran kejuaraan Malaysian Cub Prix selepas aksi cemerlang di Litar Antarabangsa Sepang. Ia merupakan kemenangan berganda untuk pasukan HI-REV SCK Honda Racing dan Helmi Azman yang dinobatkan sebagai pelumba dan pasukan terbaik untuk pusingan terakhir kelas CP150 di Litar Antarabangsa Sepang.
Selepas dua tahun dinobatkan sebagai juara kelas CP150 di Kejuaraan Motosikal Asia (Asia Road Racing Championship) pada tahun 2018, ini adalah kemenangan kedua untuk pasukan HI-REV SCK Honda Racing untuk tahun 2020.
Selepas empat kemenangan dan dua podium di dua pusingan terakhir, pelumba pasukan HI-REV SCK Honda Racing ini memperolehi 12 mata memasuki Pusingan 8 dan disudahi di kedudukan kelima memastikan beliau memenangi kejuaraan. Helmi Azman terus konsisten dan hanya ketinggalan dua podium sepanjang kejuaraan Malaysian Cub Prix 2020.
Tahniah diucapkan kepada HI-REV SCK Honda Racing dan Helmi Azman untuk kemenangan berganda yang dikuasakan HI-REV!
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
POSIM Petroleum Marketing Sdn. Bhd.
Wisma POSIM, Lot 72, Persiaran Jubli Perak,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03-5102 2999
Emel : marketing@posim.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/hirevjunction/
Web : http://www.hi-rev.com.my