Gambar Sesi Ujian Jalan Raya Tular Di Media Sosial

Ini mungkin berita baik untuk peminat motor KTM terutamanya yang menanti kemunculan KTM 390 Adventure di pasaran tempatan. Terbaharu, beberapa siri gambar motor KTM 390 Adventure yang dipercayai sedang menjalani sesi ujian jalan raya di Malaysia telah pun tular.

Menerusi gambar-gambar yang tular tersebut, jelas kelihatan susuk motosikal adventure yang berwarna hitam gelap ini bersesaran kecil. Untuk rekod, KTM 390 Adventure telah pun dilancarkan dan didapati di pasaran negara lain pada awal tahun ini. Diilhamkan daripada 790 Adventure yang merupakan versi lebih besar, KTM 390 Adventure ini berkongsi enjin yang sama dengan 390 Duke.

Dengan penularan gambar KTM 390 Adventure ini, pasti KTM Malaysia merancang untuk melancarkannya di pasaran Malaysia dalam sedikit masa lagi. Tunggu!