Gabungan Tahun 80’an Dengan Ciri-ciri Moden

Sehingga ini, Aprilia telah menggunakan parallel-twin powerplant dalam dua model keluarannya iaitu RS 660 dan Tuono 660. Kini, pengeluar motorikal dari Itali itu kembali dengan model motosikal ADV (adventure) baharu yang menggabungkan warna medah, putih dan biru serta enjin yang menghasilkan 80 hp diikuti tork 52 ft-lb (70 Nm).

Tuareg 660 ini lebih ringan dengan berat hanya 187kg dan tangki bahan api 18-liter. Ia mempunyai kerangka besi tubular baharu yang disepadankan dengan braket aluminium dan disambungkan dengan enjin 6-poin. Motosikal adventure terbaharu dari Aprilia ini didatangkan dengan satu tempat duduk, windscreen seperti rally dan dilengkapi dengan 3 lampu hadapan LED.

Selain itu, ia mempunyai 4 mode penunggangan dengan Tuareg 660 ini dan salah satunya khusus untuk jalan lasak. Segala maklumat tentang motosikal ini dipaparkan atas skrin TFT berwarna 5-inci. Sistem APRC (Aprilia Performance Ride Control) didatangkan dengan cruise dan kawalan traksi, brek enjin dan peta enjin. Anda juga boleh memilih untuk menyah-aktif ABS di kedua-dua tayar atau hanya di tayar belakang sahaja. Ia juga dilengkapi dengan fork 43 mm dan suspensi penggantungan progresif.

Secara keseluruhannya, Tuareg 660 ini sangat ringan, jentera dua roda untuk jalan lasak dengan penampilan tahun 80’an tetapi dilengkapi dengan komponen dan teknologi moden. Menurut Aprilia, model ini menawarkan prestasi yang bakal menjadi tanda aras untuk semua keadaan. Harganya masih belum didedahkan cuma apa yang pasti, ia bukan murah. Walaupun diklasifikasikan sebagai model 2022, Tuareg 660 dikatakan bakal memasuki pasaran hujung tahun ini.

Sumber : autoevolution