Gabungan Dua Kelab, Meriah & Sukses

Sebelum tiba tarikh keramat berlangsungnya Konvoi Jelajah Silaturahim Semenanjung Malaysia oleh Kapcai2Beradik pada 18 hingga 16 Februari, satu program khas telah diadakan Club Antique Motor Kulim (CaMK) sebagai tanda sokongan terhadap program Kapcai2Beradik ini. Alhi-ahli CaMK berkunjung ke Kuala Kangsar dalam program yang telah disusun dengan terperinci selama dua hari dan satu malam iaitu pada 11 dan 12 Februari lalu.

Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh YB Cikgu Roslan Hashim B. Hj Hashim. Program ini dimeriahkan lagi dengan sokongan padu dari syarikat FKR khususnya En. Ernesto Cheah yang sudi meluangkan masa bersama para peserta. Rombongan konvoi CaMK yang dianggotai seramai 14 orang ahli yang menuju ke Kuala Kangsar ini turut menerima sokongan para pengguna jalanraya lain yang membunyikan hon setiap kali terserempak dengan mereka.

Para peserta konvoi berkunjung ke Kuala Kangsar di Perak bersama kelab motosikal yang sedang viral, Kapcai2Beradik. Para peserta kemudiannya menghadiri Kenduri Doa Selamat untuk program jelajah satu malaysia pada 18 Februari ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai program ini demi memberikan sokongan terhadap para peserta Kapcai2Beradik. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para peserta yang terlibat dalam Konvoi Jelajah Silaturahim Semenanjung Malaysia. Semoga segala urusan dipermudahkan.