Eko – ADV Pelancongan 2 Roda Bersama Selama Tourism, KTM, Rievo, GIVI, Foxdry, Rock Oil & Everxon Terra

D’ Lancong Fleet sekali lagi melalui program Pelancongan Motosikalnya merealisasikan “Eko – Adv Pelancongan 2 Roda Bersama Selama Tourism, KTM (TKC Motor Shop), Rievo, Givi, Foxdry, Rock Oil & Everxon Terra” di daerah Selama, negeri Perak sempena Visit Perak 2024. Program ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Majlis Daerah Selama, Perak.

D’ Lancong Fleet adalah pasukan yang menggabungkan kumpulan media permotoran yang diuruskan oleh Bros Moto Crew Production. Ahli-ahli D’ Lancong Fleet terdiri daripada presiden atau pentadbir kelab permotoran masing-masing termasuk vlogger serta penunggang solo (viral) yang berasal dari wilayah utara semenanjung Malaysia. Pasukan ini memegang akaun Instagram, Facebook, TikTok, Youtube, Majalah Online serta Blog dengan nama kelab masing-masing.

Mereka adalah Bro’s Moto Crew (Malaysia), Moto Mat Salleh, Majalah Kapcai Malaysia, Aku dan Rodaku, Kami Mengembara, Club Antique Motor Kulim dan Yamaha Sport Northern Community. Pasukan ini boleh dikenali dari laman media sosial mereka masing – masing (taip sahaja: #dlancongfleet di Facebook, Instagram, TikTok).

Objektif kembara dua roda ini adalah untuk mempromosikan negeri Perak terutamanya daerah Selama sebagai salah satu destinasi pelancongan motosikal mahupun keluarga. Usaha ini dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelancong domestik dan luar negara khususnya para pelancong minat istimewa @‘niche’ melalui perkongsian maklumat.

Sebanyak 11 destinasi menarik telah diulas lengkap melalui penceritaan, video dan penulisan di laman media sosial Facebook, TikTok dan Instagram serta majalah atas talian. Tema promosi D’ Lancong Fleet bagi daerah Selama kali ini adalah; “Percutian Bajet dengan Kualiti Produk Pelancongan Yang Sama dengan Produk Pelancongan di Selatan Thai”.

??????

Majlis Daerah Selama melalui Ketua Unit Pelancongannya, Tuan Mohamad Razif Ismail menyokong tema promosi ini dan turut menyatakan beberapa pencapaian oleh Majlis Daerah Selama yang telah berjaya membawa masuk seramai 130,150 orang pelancong dengan janaan pendapatan sebanyak RM620,336.56 bagi tahun 2023.