E-Skuter Mampu Mencecah Kelajuan Sehingga 100km Sejam!

Skuter elektrik ‘kick’ sudah pun berada agak lama di pasaran, mengubah keadaan sekitar yang urban khususnya kota-kota terkenal di seluruh dunia, skuter ini terbukti sangat mudah dikendali dan boleh diharapkan. Apa yang mengejutkan, masih belum ada siri perlumbaan profesional melibatkan skuter elektrik ini.

Kini, sudah tiba masa untuk penganjuran siri perlumbaan yang menumpukan kepada skuter elektrik ini. Namun begitu, ia bukan calang-calang skuter elektrik. Eskooter, bakal dilancarkan pada tahun 2022 dan dijangka bakal menjadi kejohanan antarabangsa pertama untuk skuter elektrik.

Tidak, bukan semua jenis elektrik skuter sesuai untuk menyertai siri perlumbaan ini. Sepertimana yang disebut awal tadi, ia bukan skuter elektrik biasa kerana ia mampu mencecah kelajuan sehingga 100km sejam. Sudah pastinya meluncur dengan skuter elektrik pada kelajuan ini memberikan pengalaman mengerikan. Justeru, para pelumba yang menyertai perlumbaan ini akan memakai baju sukan khas seperti siri lumba motosikal lain.

Manakala skuter elektrik yang terlibat atau digunakan dalam perlumbaan ini adalah eSkootr S1X, dilengkapi dengan air dynamic body, rim aloy 6.5 inci dan menghasilkan kuasa output 12 kW. Beratnya pula sekitar 35kg dan dikuaskan oleh pek bateri 1.33 kWh yang memberikan autonomi hanya dalam masa 8 hingga 10 minit.

Andai kata perlumbaan atau kejohanan ini terbuka untuk Malaysia, siapa yang layak mewakili negara kita?

Sumber : Rideapart