Dua Unit Ekzos Terbaharu Untuk Ducati Multistrada V4 2021!

Akrapovic ada berita baik untuk anda yang berniat untuk membawa pulang motor Ducati Multistrada V4 sempena tahun baharu yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jenama dari Slovenia yang menggunakan titanium ini telah memperkenalkan unit ekzos dan peredam yang telah diluluskan untuk Multistrada V4!

Sekiranya anda ingin mengurangkan berat dan meningkatkan tenaga, unit ekzos perlumbaan Akrapovic ini pilihan yang sangat sesuai untuk Multistrada V4. Bahagian peredamnya adalah keluli tahan karat, lengan luarannya pula titanium dan penutup hujungnya pula gentian karbon – dengan rekabentuk bergaya seperti yang sering dikeluarkan oleh Akrapovic.

Ekzos ini menawarkan peningkatan 4hp dari 170hp menjadi 174hp. Tork juga dipertingkatkan dari 92lb-ft menjadi 98lb-ft. Manakala, ekzos ini akan mengurangkan berat Multistrada V4 sebanyak 11 paun. Pemetaan enjin khas memastikan enjin dan ekzos dapat berfungsi bersama dengan lebih sempurna.

Sekiranya anda memerlukan ‘tweak’ yang lebih sesuai untuk penunggangan seharian, Akrapovic turut memperkenalkan peredam yang juga telah diluluskan. Menampilkan badan aloi titanium dengan penutup gentian fiber, berat peredam ini kurang 1.5 paun dari unit yang didatangkan dari kilang untuk semua unit melainkan Multistrada V4 S Sport yang mana lebih ringan kerana dipasangkan dengan kelengkapan standard.

Sumber : RideApart.com