Dizahirkan Atas Topi Keledar GRACSHAW

Jenama topi keledar motosikal Malaysia, GRACSHAW, melancarkan koleksi edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam, yang menampilkan tiga reka bentuk Mobile Suit paling ikonik. Tiga ikon yang diambil daripada siri televisyen asal pada tahun 1979, diadaptasi bagi kegunaan penunggang serta peminat setia siri kartun untuk koleksi peminat.

Dijual pada harga RM498 seunit, koleksi ini dihasilkan menggunakan model topi keledar muka terbuka (open-face) GRACSHAW Glaive yang mempunyai dwi-visor. Selain itu, model ini dipilih kerana bentuk cangkerangnya yang kemas serta keupayaannya memaparkan perincian reka bentuk Mobile Suit dengan jelas.

Koleksi ini merangkumi model RX-78-2 Gundam, MS-06F Zaku II dan MS-06S Char’s Zaku II. Setiap edisi mempunyai jumlah pengeluaran bernombor yang tersendiri: 1,500 unit bagi RX-78-2 Gundam, 1,000 unit bagi Char’s Zaku II dan 500 unit bagi MS-06F Zaku II.

Untuk info, Mobile Suit Gundam, yang pertama kali disiarkan di Jepun pada tahun 1979, dicipta dan diarahkan oleh Yoshiyuki Tomino. Gaya penceritaan beliau telah menyuntik elemen konflik politik, kerumitan moral dan impak kemanusiaan ke dalam genre robot gergasi.

Reka bentuk jentera ikoniknya dihasilkan oleh pereka mekanikal asal, Kunio Okawara; gaya visual beliau yang tersendiri dan konsisten telah memberikan identiti unik kepada Gundam dan Zaku, membolehkan ia dikenali serta-merta.

Gabungan visi Tomino dan reka bentuk Okawara telah meletakkan asas bagi satu francais yang terus menarik minat penonton baharu, sambil mengekalkan kesetiaan peminat yang membesar bersama siri tersebut. Ketiga-tiga Mobile Suit ini dipilih kerana ia membentuk sebahagian daripada asas visual alam semesta Gundam dan ikonik yang terkenal dikalangan peminat kartun tersebut.

Untuk info, RX-78-2 ialah Mobile Suit berwarna putih yang melambangkan wira bagi Pasukan Persekutuan Bumi (Earth Federation Forces). MS-06F Zaku II yang berwarna hijau pula mewakili tulang belakang pengeluaran besar-besaran bagi Principality of Zeon, manakala MS-06S ialah varian khusus untuk komander yang sinonim dengan Char Aznable, si “Red Comet”.

Walaupun Mobile Suit ini sering digambarkan hanya sebagai berwarna merah, warna pada bahagian kepalanya merujuk kepada figura keluaran Bandai yang sepadan, ia masih mengekalkan tona merah jambu dan merah marron gelap yang menjadi ciri khas unit khusus Char, dan bukannya menggantikannya dengan warna merah terang yang biasa.

Setiap model topi keledar Gracshaw X Mobile Suit Gundam disertakan dengan kad edisi terhad bernombor yang sepadan, mencatatkan kedudukannya dalam siri pengeluaran. Set gaya koleksi ini juga merangkumi beg pelindung habuk topi keledar, kad jenama, pelekat dan buku manual, tersedia dalam pembungkusan khusus untuk edisi tersebut. Kesemua tiga model edisi ini mendapat pengiktirafan SIRIM dan tersedia dalam saiz S, M, L, XL serta 2XL.

Topi keledar edisi terhad GRACSHAW x Mobile Suit Gundam ini boleh didapati mulai 7 September 2026 pada harga RM498 seunit, sementara stok masih ada, secara eksklusif di Pengedar Sah GRACSHAW berikut:
• Roda Kota
• Bikerz Garaj
• Serdang Motorcycle
• Super LS Motor Parts (Jalan Ipoh)
• Welly Sungai Buloh
• Tokan Helmet
• BLH Motor
• WK Motorsport
• Ann Seng Motor
• CKT Motor
• Hock Lee Motor
• GRACSHAW Concept Store Hock Lee