Menjelang tahun baharu yang bakal tiba tidak lama lagi, Yamaha memperkenalkan pilihan warna-warna baharu untuk Yamaha Ego Avantiz. Sebanyak tiga warna baharu diperkenalkan iaitu kelabu, cyan dan juga merah. Ketiga-tiga model Yamaha Ego Avantiz dengan warna pilihan baharu ini sudah boleh didapati di semua wakil pengedar Yamaha seluruh negara bermula dari 22 Disember.
Bukan sahaja pilihan warna baharu, Yamaha Ego Avantiz ini turut dilengkapi dengan enjin yang mematuhi piawaian Euro 4. Dikuasakan dengan silinder tunggal 125cc beserta penyejuk cecair, enjin SOHC ini mampu menghasilkan 7.0kW pada 8,000 rpm dan juga tork 9.6 Nm pada 5,500rpm.
Dimaklumkan bahawa harga Yamaha Ego Avantiz ini juga telah dikemaskini dengan harga bermula dari RM5,998.00 tidak termasuk yuran pendaftaran dan juga insurans. Sekiranya berminat, kunjungilah wakil-wakil pengedar Yamaha berhampiran anda di seluruh negara hari ini dan bergaya pada tahun baharu 2023 nanti!