Seramai 15 orang penunggang motosikal superbike disaman RM5,000 seorang membuatkan jumlah RM75,000 apabila mereka engkar perintah Perintah Kawalan Pergerakan. Mereka ditahan dan dikenakan kompaun ketika berkonvoi di Jalan Semenyih-Kuala Kelawang atau lebih dikenali dengan nama olok-olokannya “Kuala Kelawang International Circuit (KKIC).”
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, pihak polis mendirikan sekatan jalan setelah mendapat maklumat bahawa terdapatnya kumpulan motosikal superbike di kawasan tersebut. Penunggang-penunggang yang ditahan itu berumur di antara 18 hingga 45 tahun.
Polis turut mengeluarkan 19 saman lain bagi kesalahan lalulintas yang lain.
Terdahulu, gambar rider-rider duduk di tepi jalan dan diperhatikan oleh polis tersebar di sosial media sejak Sabtu lalu, namun kita tidak menerbitkannya kerana hendak mengesahkan kesahihannya.
Sumber : Sinar Harian