Kerap memikirkan jenama apakah yang cukup sesuai untuk digunakan pada skuter? Bukan bermakna barangan asal (kilang) tidak bagus atau kurang sesuai, namun untuk tunggangan yang lebih mantap dan menyakinkan ramai pemilik skuter pada hari ini menukar beberapa komponen asal termasuk penggunaan tayar kepada jenama yang lebih baik.
Tidak kira apa jua kuasa skuter anda gunakan, ramai yang inginkan keselesaan ketika menunggang sama ada ketika membuat perjalanan yang jauh mahupun kekerapan ketika membawa berulang alik ke tempat kerja. Untuk yang mementing ciri-ciri di atas, jenama tayar terbaik seperti Michelin seharusnya menjadi pilihan utama. Bukan sahaja, nama yang boleh dipercayai malah tayar Michelin City Grip 2 turut mengalami revolusioner bagi menambah kebaikan khusus untuk penunggang.
Direka khas untuk menjadi pemimpin tayar skuter jalanan samada penggunaan di bandar mahupun pengembaraan ke lokasi yang jauh – tiada jenama tayar skuter lain selain Michelin City Grip 2 yang mampu mengembara lebih cepat, lebih jauh dan lebih selamat dalam apa jua keadaan cuaca sekalipun.
Model Michelin City Grip 2 membolehkan pemilik skuter menunggang jentera mereka tanpa mengira apa jua keadaan sekali pun sekali gus memudahkan pilihan pelanggan sementara penyediaan pelbagai saiz yang merangkumi bukan sahaja jentera skuter dengan kuasa kecil tetapi juga skuter maksimum dan elektrik turut membantu meliputi pelbagai keperluan pengguna.
Michelin City Grip 2 direka khas bagi memenuhi permintaan pemilik skuter moden masa kini, yang meliputi kepelbagaian faktor termasuk prestasi cengkaman yang tinggi pada semua keadaan jalan dilalui samada ketika melalui persekitaran pekan kecil mahupun laluan di sekitar ibukota. Untuk mencapai objektif tersebut, jurutera di Pusat Teknologi Michelin telah menghasilkan sebatian inovatif yang menampilkan bahan-bahan tertentu, termasuk penggunaan bahan silika.
Bersama dengan reka bentuk corak ‘gigi ikan yu’ baru dan penampilan yang lebih segar, tayar Michelin City Grip 2 memberikan prestasi cengkaman yang cukup mengkagumkan mengatasi jenama setanding dengannya. Michelin City Grip 2 masih kekal sebagai pendahulu tayar bagi kegunaan segmen jentera skuter samada dalam keadaan cuaca basah, tanpa menjejaskan jangka hayat yang diakui berkaitan dengan tayar Michelin.
Tayar khusus untuk jentera skuter sudah berada dipasaran tempatan dan Michelin menyediakan pilihan saiz tayar bermula dari saiz 12 hingga 16 manakala kelebaran dan ketinggian saiz tayar terdapat pelbagai jenis iaitu bermula dari 90 hingga 140 (lebar) serta 60 ke 90 (tinggi) samada bagi tayar depan dan belakang.
Untuk maklumat pengguna, tayar model terbaharu Michelin City Grip 2 mengalami revolusioner untuk penggunaan terbaik di atas jalan raya. Sebatian berasaskan silika memberikan kelebihan dengan cengkaman yang unggul samada pada permukaan basah atau licin termasuk ketika tayar menyentuh jalur putih di atas jalan raya. Evolusi revolusioner dari siri Michelin City Grip 2 ini, menjadikan tayar Michelin semakin popular dikalangan pemilik skuter pada hari ini.
Michelin Malaysia Sdn Bhd
Unit 901 & 904 Level 9 Uptown 2,
No 2 Jalan SS 21/37,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 7680 3888 / 017 – 322 5477
Facebook : https://www.facebook.com/MichelinMalaysia/
Web : https://www.michelin.com.my/