Dilengkapi Komponen Brembo Dan Ohlins, Satu Lagi Penambahan Naked Bike Dalam Keluarga SE

Sejak beberapa tahun ini, Kawasaki sudah memperkenalkan pelbagai versi SE untuk H2 SX dan Versys 1000. Kebanyakan varian ini dilengkapi dengan suspensi prestasi dan komponen brek bersama dengan beberapa alat elektronik yang dipertingkatkan. Boleh dikatakan, formula ini berjaya dan Kawasaki ingin mengekalkannya. Kini, giliran 2022 Z900RS SE baharu pula yang dilengkapi dengan kelengkapan dari Ohlins dan Brembo.

Kawasaki mengaplikasikan perubahan sama kepada model standard Z900, namun mengekalkan enjin inline-four 948cc, 16-injap dengan penyejuk cecair dan masih menghasilkan 123hp dan tork 72 lb-ft. Selain itu, turut dikekalkan adalah trellis besi yang tinggi untuk mengendalikan kelincahannya.

Bagaimanapun, Kawasaki telah menambah sedikit rendah dengan mengemaskini casis dan menjadikan Z900 lebih tajam. Bahagian hadapan, kalpier monoblock radial berkembar Brembo M4.32 menggantikan binder 4-piston standard untuk memaksimakan kekuatan membrek. Kawasaki juga memadankan kaliper dengan garis brek besi dengan dwi-cakera Brembo 300mm. Bukan bahagian itu sahaja yang dikemaskini. Diameter 41 dikekalkan tetapi menggantikan kemasan berwarna hitam dengan emas, fork yang dikemaskini serta fork boleh laras penuh berbanding fork standard dengan preload terhad serta talaan rebound.

Di bahagian belakang, penyerap Öhlins S46 menawarkan pelarasan yang mudah. Monoblock pengecasan gas memberikan penalaan redaman yang pelbagai back-link horinzontal agar lebih selesa. Rimnya dibalut dengan tayar New Dunlop Sportmax Roadsport yang membantu pengendalian menjadi lebih berkarakteristik.

Mode penunggangan yang dikemaskini begitu juga dengan kawalan traksi, memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan. Pemapar TFT juga telah dikemaskini dengan penyambungan telefon pintar kepada aplikasi Rideology dari Kawasaki untuk kemudahan moden. Menurut laporan Rideapart, Kawasaki mengumumkan harga Z900 SE dijual di pasaran Eropah pada £10,749 (RM60,669.90) tag harga untuk trim standard dan £11,699 (RM66,946.10) untuk Performance Edition.

Sumber : Rideapart