Selepas dilancarkan Oktober lepas, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akhirnya tampil dengan rasmi mengumumkan harga jualan rasmi bagi jentera sports touring Tracer 9 GT Sports Touring serba bergaya.
Sekadar berada pada radar di kilang HLYM Sungai Buloh sebelum ini, Tracer 9 GT nyata berbeza dengan model terdahulu. Jentera yang dikuasakan oleh enjin 3-silinder dengan penyejuk cecair berkuasa enjin 889cc yang baharu, bagaimanapun ia dipertingkatkan agar lebih ringan, lebih pantas dan lebih berkuasa.
Formula itu, menjadikan Tracer 9 GT terkini yang mendapat pengiktirafan piawaian Euro 5 antara jentera yang dijanakan bahan api dan juga menghasilkan kecekapan bahan api yang mengagumkan.
Berbanding jentera sebelumnya, Tracer 9 GT juga menampilkan gabungan antara suspensi elektronik Yamaha dan KYB serba baharu, di mana sistem suspensinya menyumbang kepada kestabilan motosikal bermula sebaik menunggang sekali gus memberikan prestasi yang cukup sporti dan perjalanan yang selesa.
Untuk info, Yamaha Tracer 9 GT dilengkapi dengan sistem IMU 6-axis yang terdiri daripada tiga tiga bantuan penunggang, Sistem Kawalan Daya tarikan (“TCS”), Sistem Kawalan Slaid (“SCS”), dan sistem kawalan LIFt bagi roda hadapan (“LIF”).
Ketiga-tiga sistem berfungsi bersama untuk membantu penunggang membuat kawalan samada ketika berada pada cuaca ekstrem atau keadaan permukaan yang berbeza-beza. Selain itu, sistem pelayaran ini beroperasi ketika penunggang membawa sekurang-kurangnya 50 km/j ke atas pada tahap gear ke-4 atau yang lebih tinggi untuk mengawal jentera dengan mudah.
Untuk penambaikan dan lebih fleksibiliti, Tracer 9 GT yang ditawarkan dengan empat mod tunggangan, turut hadir dengan kedudukan tunggangan boleh laras direka untuk menampung penunggang dari pelbagai bentuk fizikal.
Ia juga dilengkapi sepenuhnya dengan pencahayaan LED tahap premium generasi terbaharu, serta padanan lampu hadapan LED dwi-fungsi dan lampu tunggal untuk memberikan jentera sports touring ini penampilan berbeza serta pencahayaan yang unggul dalam apa jua keadaan.
Jentera ini juga dilengkapi dengan paparan TFT 3.5” berkembar dilengkapi warna penuh dengan input yang diberikan kepada si penunggang membaca data yang diperolehi tanpa perlu menoleh perhatian pada tunggang.
Secara faktanya, selain peningkatan dari segi nama, terdapat 12 peningkatan terkini yang menjadikan Yamaha Tracer 9 GT serba baharu ini menyumbang sesuatu yang lebih baik berbanding model terdahulu.
Yamaha Tracer 9 GT Baharu boleh didapati di semua Yamaha Big Bike Dealers di
seluruh negara bermula 25 November ini. Ia ditawarkan dengan torna warna menarik iaitu Ikon Performance dan Redline serta berada pada tag harga RM69,498.00 (tidak termasuk perlindungan insurans dan yuran pendaftaran).