Dijual Pada Tag Harga RM11,688, Hanya 5000 Unit Di Pasaran

Tiada perbezaan yang ketara antara jentera asas dengan model Yamaha Y16ZR Edisi Doxou ini. Namun jika anda mengidamkan jentera yang berketrampilan dan penuh bergaya, model ini menonjolkan penampilan tersendiri seperti warna dan corak grafik selain unit yang dikeluarkan juga agak terhad iaitu sekitar 5,000 unit sahaja.

Edisi Doxou bagi model Y16ZR merupakan percubaan ketiga Yamaha dalam memperkenalkan edisi terbabit pada model-model tertentu. Sebelum itu, Yamaha pernah memperkenalkan Edisi Doxou bagi segmen jentera Y15ZR dan model NVX155.

“Kami berharap edisi Doxou terbaharu Yamaha Y16ZR ini dapat memberi kepuasan kepada pemilik jentera Yamaha dengan tambahan kualiti yang unggul dan meraikan kegembiraan bersalam pemilik yang terhad serta bakal menerima satu set hadiah eksklusif dari Yamaha,” kata Datuk Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industri Berhad semasa pengenalan model terbahru Yamaha baru-baru ini.

Jika dilihat pada model Y16ZR Edisi Doxou, ia memainkan ton warna yang berbeza meliputi kombinasi warna biru muda, hitam dan merah. Begitu juga dengan rekaan atau kreativiti dalam penampilan grafik membaluti badan jentera dan warna rim dengan pilihan dua warna turut menyerlah.

Doxou merupakan satu perkataan dalam Bahasa Jepun, Dukusou yang bermaksud bersikap kreatif. Hasil dari pengertian sebenar Dukasou maka lahirlah edisi sukan Duxou yang penuh bergaya, kreatif dan moden.

Untuk info mengenai jentera Y16ZR ini, ia merupakan jentera yang dikuasakan enjin satu silinder bersesaran 155cc, suntikan bahan api, SOHC dengan Variable Valve Actuation (VAA) yang digabungkan dengan transmisi enam kelajuan.

Kapchai terbaharu dari Yamaha menghasilkan kuasa 17.7hp pada 9,500rpm dan 14.4 NM tork pada 8,0000 rpm. Antara yang menarik mengenai jentera ini ia dilengkapi dengan panel meter LCD, lampu LED, angkup brek dua piston di bahagian hadapan dan tangki petrol sebesar 5.4liter.

Setiap pembelian bagi model Edisi Doxou, pelanggan akan menerima kunci cakera brek dan hadiah ekslusif Doxou yang terdiri dari sijil pemilikan, visor rekaan khas dan lencana nombor keluaran model terbabit.

Model terbaharu Yamaha Y16ZR Edisi Doxou akan berada di pengedar Yamaha yang sah di seluruh negara pada 21 Oktober ini dengan pengenalan harga RM11,688 (tidak termasuk pendaftaran dan insuran).