Didatangkan Dalam 3 Warna Pilihan, Harga Bermula RM36,099 Seunit

Boon Siew Honda baru-baru ini memperkenalkan versi facelift jentera adventure popularnya, Honda CB500X. Model tahun 2021 itu hadir dengan tiga warna baharu iaitu hitam metalik, merah dan putih. Semua warna itu didatangkan dengan sub kerangka belakang berwarna merah yang memberi tribute kepada model Africa Twin.

Honda CB500X ditawarkan pada harga RM36,099 seunit (tidak termasuk insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran). Jentera itu hadir bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (mana-mana tiba dahulu).

Ia dilengkapi enjin berkuasa 49.6hp dan tork 44.7Nm pada 7,000rpm, hasil naik taraf pada inlet, ekzos dan injap pemasaan. Enjin itu kemudian dipadankan bersama sistem klac Assist/Slipper untuk memudahkan urusan menaik dan menurunkan gear.

Bunyi enjin yang sporty diserlahkan menerusi paip ekzos berkembar bersama peredam. Ciri-ciri menarik Honda CB500X 2021 adalah seperti berikut

Gayaan adventure yang garang dan tahan lasak

Pada tahun 2019, Honda CB500X diperkenalkan dengan gaya rekaan yang lebih agresif. Dengan prestasi aerodinamik yang telah ditambah baik, aliran udara bertekanan tinggi di bahagian fairing dan skrin dapat dikurangkan. Sekali gus memberi perlindungan daripada angin ketika menunggang di lebuh raya.

Profail pelana kini juga lebih nipis untuk memudahkan tunggangan. Sudut stereng pula ditingkatkan sebanyak 3° kepada 38° daripada tengah hingga full lock. Honda CB500X dipasang dengan angkup brek dua omboh bersama cakera bersaiz 310mm di hadapan dan 240mm di belakang. Sistem brek anti kunci (ABS) didatangkan sebagai ciri standard.

Kalau berminat, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan Honda BigWing, hubungi talian tol percuma Boon Siew Honda di 1-800-88-3993 atau layari laman web: www.hondabigbike.com.my

Sumber : Mekanika