Dibuka Untuk Semua Bangsa Johor

Edaran Modenas Sdn. Bhd. (EMOS), anak syarikat milik penuh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) meraikan kejayaan pelancaran cawangan keempatnya, Kawasaki Johor Bahru baru-baru ini.

Majlis pelancaran yang gemilang ini telah dirasmikan Pengarah Kawasaki Johor Bahru iaitu En. Qbee Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran, George Kashiwagi.

Pada majlis yang sama, pihak Kawasaki Johor Bahru dan EMOS telah menyerahkan tiga unit Modenas ZX25-RR yang baru dilancarkan kepada pemilik pertama di Johor, DIkendalikan oleh Qbee Superbike Sdn. Bhd., KJB turut dilantik secara rasmi sebagai pengedar All-Star Kawasaki yang pertama di Johor.

Majlis ini turut dihadiri 500 orang pengunjung yang bukan sahaja bertumpu kepada upacara perasmian, malah dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya sesi tunggang uji, cabutan bertuah dan lain-lain lagi.

Bagi makluman, EMOS telah berjaya membuka sebanyak 4 bilik pameran Kawasaki All-Star di seluruh Malaysia dan sebanyak 8 buah lagi bakal dibuka menjelang Disember 2024 ini. Motosikal ZX-25RR kini boleh didapati di seluruh pengedar Kawasaki All-Star.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut dan mahukan informasi terkini, anda boleh berkunjung ke bilik pameran. Layari laman sesawang rasmi Kawasaki di www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop. Maklumat terkini tentang motosikal MODENAS dan Kawasaki juga boleh didapati di https://modenas.my/v2/ and http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi talian bebas tol 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di 019-570 8135.