Sebagaimana biasa, AGM ini diadakan bertujuan untuk melantik barisan Ahli-ahli Jawatankuasa baharu selain membincangkan serta merangka program yang bakal diadakan sepanjang tahun 2023 kelak. Memandangkan CaMK kian giat melaksanakan program dan aktiviti-aktiviti menarik, usaha sama tetap diteruskan. Malah, lebih banyak aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.
Berakhir sekitar jam 10.30 malam, CaMK berjaya melantik barisan baharu Ahli-ahli Jawatankuasa yang dibarisi;
Pengerusi – Abdul Razak Bukhari aka Abang Jaq
Setiausaha – Abdullatif Abdullah
Bendahari – Shukri Yusof
Penasihat – Zainudin aka Mamu
Ketua Marshall – Mohd Firdaus Ridzuan aka Mat Daus