Bertempat di Sedim K194, telah termeterainya gabungan 3 grup di Wilayah Utara pada 9 Oktober 2021 yang lalu. Gabung ini seterusnya dinamakan sebagai TTS Muhibah Wilayah Utara. Bagi meraikan gabungan ini, sebanyak 50 jentera telah hadir memberikan sokongan.
Sebagaimana yang dimaklumkan awal tadi, seramai 50 orang ahli telah berkumpul demi satu tujuan iaitu Ukhuwah Permotoran. Bagi makluman, program ini lebih kepada sesi taklimat, bertukar-tukar pandangan dan bersuaikenal serta menjamu selera.
Inilah satu impian dunia permotoran, dalam minat kita bersahabat dan bila bersahabat kita jadi lebih hebat!
Perkongsian : Bro Zass