D.I.D merupakan pengeluar rantai pacu motosikal yang terkenal dan digunakan di dalam banyak kelas perlumbaan profesional termasuk MotoGP.
Pasukan MotoGP Yamaha juga menggunakan rantai D.I.D dan telah memperkenalkan satu model edisi khas untuk para peminat Valentino Rossi. Bagi makluman, Rossi juga merupakan duta rasmi bagi jenama tersebut.
Rantai ini merupakan versi yang dipertingkatkan daripada model-model 520 VX2 dan 525 VX2. Versi VR46 ini menggunakan rivet yang berongga serta X-ring yang dipaten oleh D.I.D. Kemasannya juga berlainan dengan rantai lain kerana ia menggunakan penyambung dalaman yang berwarna emas serta penyambung luar yang berwarna perak.
Logo VR|46 serta nombor 46 telah juga diukir pada penyambung luaran dengan menggunakan laser. Terdapat dua saiz rantai ini iaitu 520 untuk kegunaan motosikal 125cc ke 750cc, serta 525 untuk kegunaan motosikal 400cc ke 900cc.
Rantai ini hanya boleh didapati di benua Eropah dan Amerika buat masa ini.