Sebanyak 5 buah motosikal kapcai C70 serta ahli-ahli Club Antique Motor Kulim telah menjelajah ke negeri di pantai timur, Terengganu bermula dari 15 November sehingga 17 November yang lalu. Sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Terengganu, para peserta konvoi disambut penuh ukhwah oleh presiden kelab-kelab motor lain.
Antara yang menyambut para peserta konvoi adalah Honda C70 GBO Baling Crew yang diwakili saudara Shah Affandi, diikuti saudara Shah Danish dari Devisyen C70 Deluxe Kelantan, saudara Syafiq Suresh dari Kelab Honda Klasik KT dan saudara Saifulnizan dari Malaysia All Riders MAR’S.
Konvoi ini telah menyatukan penunggang motor kapcai C70 dari 3 buah negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jarak perjalanan 848km pergi balik telah meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis bersama-sama khususnya dalam mengharungi hujan panas di sepanjang perjalanan.
Ketika berada di Kuala Trengganu, para peserta dibawa mengelilingi bandar Kuala Trengganu oleh saudara Syafiq Suresh Presiden Kelab Honda Klasik KT dan juga ahli-ahli kelab yang lain. Konvoi ini berjaya direalisasikan dengan idea dari pengerusi Club Antique Motor Kulim iaitu En Abdul Razak Bin Buhari dan ahli ahli lain. Untuk mengikuti kisah dan aktiviti selanjutnya, pembaca boleh layari Facebook Club Antique Motor Kulim.
Perkongsian : Razak Chyenne