Kegilaan terhadap motor moden-klasik/retro yang memuncak pada tahun 2015, Alpinestars telah mengeluarkan koleksi gear yang diinspirasikan dari Oscar. Selain menampilkan gaya klasik, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini yang sinonim dengan jenama ini.
Selepas tiga tahun kemudian, gear gergasi Itali itu meraikan ulang tahun ke-55. Bagi memperingati acara itu, Alpinestars telah ditransformasi menjadi sebuah motor kustom yang diilhamkan dari Oscar.
Menurut Woolaway, beliau telah bertemu dengan Ducati 750 Sport tahun 1974 yang dilengkapi dengan spesifikasi enjin perlumbaan dan sangat sesuai menjadi jantung motosikal ini. Namun, motosikal ini juga harus mempunyai komponen dengan spesifikasi perlumbaan terbaharu untuk menceritakan kisah baru dan lama jenama ini dengan mengambil gaya dari Italian GP era 1960an serta sentuhan moden Ducati GP.
Motor ini juga dilengkapi dengan enjin V-twin 748cc dengan penyejukan udara yang memberikan aura vintaj. Namun begitu, Woolaway bekerjasama dengan Jeff Cole untuk membina kerangka yang baru. Mengekalkan fesyen yang sama, karburator klasik, dengan kaliper kembar Brembo serta penyerap hentak depan dan belakang. Ekzos Akrapovic mengekalkan keseimbangan moden dan retro dengan rekaan yang berorientasikan prestasi.
Fascia futuristik dan lampu depan menambahkan sentuhan avant-garde sementara getah cengkaman perang, penutup gas Monza dan logo Oscar merujuk kepada bahagian konvensyen yang lebih lama. Woolaway mewarnakan motor ini merah sebagai tribut untuk negara asal Alpinestars.
Sumber : Rideapart