Cantik, Menarik Tapi Tak Praktikal!

Bagaimana kalau Tesla mengeluarkan motosikal? Adakah ia akan kelihatan seperti yang dihasilkan oleh Ash Thorp, seorang pereka dari California. Berkerjasama dengan Carlos Colorsponge, konsep terbaharu ini dinamakan sebagai “The Sokudo.”

Kalau anda pengikut Tesla, pasti ingat tentang Cyber Truck yang cerminnya pecah ketika pelancaran di hadapan media. Konsep ini kelihatan seperti Cyber Truck itu tetapi hanya bertayar dua dengan penampilan lebih futuristik dan beberapa persoalan yang menarik. Jangan lupa, ia hanya sebuah konsep dan apa-apa pun mustahil!

Sebagai salah seorang pemandu Tesla, Thorp mendapat inspirasi dan akhirnya datang dengan idea motosikal konsep ini. Ya, dia bukan seorang penunggang motosikal dan boleh dilihat dengan jelas menerusi beberapa isu yang ada pada rekaannya ini.

Secara jelasnya, ia menggunakan sejumlah karbon fiber yang banyak dan ia menggunakan kerangka aluminium. Terdapat juga beberapa elemen yang bagus seperti Michelin Slicks dan juga rotor brek hadapan yang ekstrem. Semua itu okey tapi di mana lengan hayun?

Motosikal elektrik keluaran Tesla pastinya menarik dan lebih menarik lagi jika beberapa elemen dari konsep The Sokudo ini digunakan kelak.

Sumber : Rideapart / Ash Thorp Twitter