Sebagaimana industri automotif yang melalui perubahan demi perubahan saban hari, begitu juga dengan pengeluaran helmet yang menyaksikan evolusi sesuai dengan perkembangan teknologi dan peredaran zaman. Namun, MS88 tidak gentar dengan perubahan dan yakin melangkah ke hadapan dengan mengekalkan penampilannya yang masih diterima rakyat Malaysia. Bagi pengeluarnya, perkara paling penting yang patut ada pada sebuah helmet yang baik adalah keselamatan!
Soal keselamatan paling utama, diikuti keselesaan dan gaya. Salah satu faktor utama yang menjadikan helmet MS88 masih relevan sejak dahulu sehingga sekarang ialah kerana ciri-ciri keselamatannya. Biarpun gaya penampilannya tidak berubah dan masih kekal sama sejak 40 tahun lalu, MS88 sangat sinonim dengan rakyat Malaysia bukan hanya kerana harganya yang mampu milik tetapi juga ciri-ciri keselamatan yang melindungi kepala dari perkara tidak diingini berlaku.
Kenapa pensijilan dan pengesahan dari pihak SIRIM itu penting?
Selain memudahkan pengguna memastikan helmet yang dibeli tulen, pensijilan dan pengesahan SIRIM ini hanya diberikan kepada helmet yang melepasi ujian keselamatan. Siri ujian ini diadakan demi untuk menjamin keselamatan para pengguna dan helmet yang dikeluarkan mencapai kualiti ditetapkan. Justeru, pensijilan dan pengesahan dari pihak SIRIM ini sangat penting untuk panduan para pengguna kerana anda berhak mendapatkan hanya yang terbaik!
Walaupun sudah mencecah empat dekad, MS88 terus menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana yakin dengan ciri-ciri keselamatan yang ada padanya. MS88 telah menerima pelbagai pensijilan dan pengesahan dari SIRIM yang pertama MS1:1969 kerana mematuhi Standard Malaysia mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Diikuti pensijilan kedua SIRIM MS1:1996 kerana kualiti terbaik yang ada pada helmet MS88 ini. Selain itu, MS88 turut mencapai kualiti keselamatan yang mematuhi pengawalan standard Helmet Keselamatan Motosikal (Motorcycle Safety Helmet – MSH).
Disebabkan itu, MS88 kekal menjadi pilihan kerana jaminan SIRIM yang menjadi panduan kepada para pengguna untuk membeli dan memakai helmet ini kerana yakin selamat. Malah, keluaran terbaharu MS88 telah dikemaskini dengan keselesaan untuk para penggunanya seperti tali pengikat yang boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan keselesaan juga bahagian dalam yang lebih selesa untuk bahagian kepala. Pendek kata, biar pecah helmet jangan pecah kepala!