Pelumba Australia, Broc Parkes memberi amaran awal untuk mendominasi saingan kategori Asia Superbike 1000cc (ASB1000) yang mula diperkenalkan pada musim ini setelah mencatat masa terpantas sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu di Litar Antarabangsa Sepang yang berakhir hari ini.
Rakan sepasukan, Yuki Ito mengekori di belakang dengan catatan terbaik 2’06.767s sambil Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) ketiga dengan masa 2’06.879s.
“Tangan saya masih sakit kesan pembedahan akibat kemalangan yang dialami pada musim lepas. Walaubagaimanapun, saya masih gembira dengan prestasi sepanjang dua hari sesi ujian pra-musim ini dan berharap tangan saya semakin kuat menjelang sesi latihan bebas pertama pada Jumaat depan,” jelas Zaqhwan.
Sementara itu, saingan kelas SuperSports 600cc melibatkan barisan pelumba muda Asia berlangsung sengit apabila hanya satu saat membezakan kedudukan enam pelumba terpantas.
Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) mencatat masa terpantas 2’11.015s diikuti pelumba Malaysia, Md Helmi Azman (Musashi Boon Siew HONDA Racing) kedua dengan masa 2’11.294s dan rakan senegara, Kasma Daniel Kasmayuddin (Hong Leong Yamaha Malaysia) ketiga, 2’11.551s.