Harley Davidson adalah sebuah motor yang berjaya memasarkan komuniti mereka yang unik. Ia adalah motosikal tertua dengan “puak” yang tercipta asing dari senario motosikal lain. Pemilik lazimnya terdiri dari peminat khusus motosikal easy rider yang percaya dengan keutuhan jenama dan nilai Amerika.
Kelab yang dikenali sebagai IRON HEAD MG ini telah melancarkan beberapa program dan turut memberi sokongan terhadap beberapa aktiviti permotoran yang dijalankan. Mereka menyertai pelbagai program termasuk konvoi ke PD Bike Week, menyertai program yang diadakan di Pantai Balok Pahang, Ride Rollin’ Wheelz. Mereka turut menerima kunjungan dari VIOLENT STORM MG & HARLEY OWNER GROUP (HOG) Malaysia.
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang Oktober seperti Ride Santai KT, Sembang Santai with Ali Russia, Ride Ikan Patin Temerloh 1.0, lawatan dari SHADOWFAX MC. Sebagai seorang peminat Harley sejati, Bob memiliki dua buah model iaitu Night Rod Special dan Roadglide Rushmore Special. Kedua-dua buah model ini telah ditingkattaraf dengan cukup ekstensif.
Motosikal keluaran 2008 yang didaftarkan pada 2014 ini diubahsuai dengan beberapa peningkatan di bahagian enjin seperti palam pencucuh Screamin Eagle, penapis udara K&N high flow, Screaming eagle supertuner dan sistem ekzos lengkap V&H black competition.
Bahagian kosmetik pula menerima set badan dari Stealth buatan Jerman dicat oleh Boy Rolling Ink dan saiz tayar kit 300. Bar hendal hadapan dari Grcustoms, tuil-tuil kawalan dan penghadangnya dari dari Cult werk. Paling sadis mungkin suspensi udara bolehlaras dari Legend Aero-A
Model edisi khas Roadglide yang dibeli terus dari Harley Davidson Orlando, Amerika Syarikat. Kisahnya lebih menarik kerana motor ini hanya memerlukan seminggu tempoh didaftar dan diubahsuai demi mengejar tarikh pertunjukan KL Bike Week.
Pemasangan peralatan aftermarket terdiri daripada Performance machine air intake, Performance machine horn cover, Arlen Ness 10 gauge rocker cover, Arlen Ness 10 gauge cam cover, Arlen Ness 10 gauge transmission cover tepi dan atas, Arlen Ness 10 gauge primary cover, V&H dresser dual exhaust header berserta CFR exhaust muffler.
Mungkin antara yang susah kelihatan di Malaysia ialah pemasangan kit lengkap Glide ini dengan bodykit dari Bad Dad. Motosikal ini juga dilengkapi dengan aksesori Arlen Ness seperti cermin sisi, grip hendal suspensi depan, cakera brek dan beberapa aksesori lagi.
Tidak ketinggalan ialah sistem audio yang menampilkan tingkattaraf speaker belakang bersama power amplifier 630w J&M.