Bila Motor Kecil Mula Mengganas!

Apa yang anda lihat sekarang ini ialah sebuah motor terbaharu yang telah dikustom oleh salah sebuah syarikat dari Bangkok, K-Speed Custom. Menggunakan motor terbaharu Honda Grom yang dikemaskini, penampilannya yang agak ganas untuk sebuah motosikal kecil. Namun, jangan pandang rendah pada saiznya yang kecil kerana ia mampu meredah mana-mana jalan lasak tanpa sebarang masalah!

Bagi makluman, Super Grom ini bukan sekadar motor kustom yang dibina begitu sahaja kerana ia boleh dibeli dari K-Speed dan ditawarkan dalam 3 pilihan warna; Merah/Hitam, Hitam Matte/Hitam Berkilat atau Biru/Hitam. Ketiga-tiganya memang berbaloi untuk duit yang dikeluarkan.

Super Grom ini didatangkan bersama kit istimewa yang terdiri dari handlebar, hand grip, hand guard, gauge cover, headlight cover, front fairing, front mudguard, belly pan/engine guard dan banyak lagi. Kesemua ini boleh dibeli secara maya. Tidak dipastikan lagi sama ada mereka bercadang membuat penghantaran untuk motor ini ke luar negara tetapi sesiapa yang tinggal di UK boleh meninjau cawangan K-Speed sama ada mereka menawarkan stok motor Super Grom di sana.

Kalau dijual di Malaysia, ada yang nak beli?

Sumber : Rideapart.com