Pernah terfikir untuk sumbat empat enjin Honda CB350 ke dalam Honda Z50 Mini Trail? Mungkin ada yang berfikir itu perbuatan sia-sia dan tak berminat pun tetapi tidak untuk pengumpul motor, pelumba dan peminat motor keluaran Honda, Bob Gynes yang membina sesuatu dari kombinasi agak janggal ini. Bertempat di Mecum Las Vegas, beberapa motor dari koleksi Guyness telah menyertai blok lelongan temasuk moto yang tak berapa nak minimoto ini.
Binaan asalnya, Z50 dengan enjin satu silinder ini mampu menghasilkan 2.5hp. Sebagaimana yang disebut tadi, Guynes gemar ‘membina’ motornya sendiri dan masih tidak mampu memenuhi kepuasan hatinya. Namun, adakah dia mampu menyumbatkan empat enjin inline ke dalam kerangka Z50?
Percaya atau tidak, Guynes benar-benar mampu melakukannya – dengan menambah beberapa tiub, mount motor yang dikustom dan menjadikan 4 enjin ini sebahagian anggota motor mini ini. Adakah ia mampu ditunggang? Tak pasti tetapi ia kelihatan cantik. Hmmm. Boleh tahan!
Apa jenis kuasa yang dihasilkan oleh Z5O yang telah dikustomkan ini juga tidak dapat dijelas. Stok kilang Honda CB350F dikatakan mampu menguasakan 34hp pada 10,000 rpm di bahagian roda belakang tetapi Guynes pasti telah mengubahnya. Hanya beliau sahaja yang tahu, kuasa sebenar moto mini ini.
Bagi makluman, motor ini telah disenaraikan di Mecum Las Vegas 2022. Mungkin, pemilik baharunya akan berkongsi maklumat kuasa motor ini kemudian. Itupun kalau beliau berminat nak kongsi!
Selain itu, beberapa pengubahsuaian turut dilakukan seperti setup dwi karburator untuk menjadikan ia sesuatu yang lebih mudah. Begitu juga dengan setup 4 menjadi 2 ekzos. Elemen stok Z50 ini termasuk tangki minyak seperti kekacang begitu juga dengan pelana dan roda. Pemegang bar Tommaselli Cross membuatkan bahagian hadapan tampil lebih serius. Manakala stand di bahagian tengah menjadikan hidup jauh lebih mudah.
Persoalannya sekarang, adakah ia boleh digunakan di atas jalan raya?
Sumber : Rideapart