Kedatangan tahun baharu 2021 seakan membawa sinar harapan untuk merancakkan kembali pelbagai aktiviti dan program yang terpaksa ditangguhkan sepanjang tahun 2020 ekoran pandemik covid-19. Dengan harapan yang sama, FIM Asia Road Racing Championship telah mengumumkan kalendar (sementara) untuk musim baru 2021 yang melibatkan sebanyak 6 pusingan.
Walaupun begitu, bagi mengelak sebarang kebarangkalian yang mungkin terjadi dan melakukan pelbagai persediaan awal, pihak FIM Asia Road Racing Championship mengambil keputusan untuk memulakan musim baharu ini lebih lewat dan bakal bermula pada bulan Jun 2021. Litar Antarabangsa Sepang dijangka akan menjadi tuan rumah pertama dan juga yang kedua sebagai pembuka musim. Pusingan pertama dijangka berlangsung pada 4 sehingga 6 Jun. Manakala pusingan kedua pula pada 11 hingga 11 Jun.
Pusingan seterusnya akan diadakan di Zhuhai International Circuit China dari 30 Julai Hingga 1 Ogos dan diikuti pusingan keempat di The Bend Motorsport Park Australia dari 23 hingga 26 September. Dua lagi pusingan akan diadakan di Chang International Circuit Thailand pada 19 hingga 21 November diikuti pusingan terakhir sekali gus menutup musim 2021 dari 26 sehingga 28 November.