Bermula Awal Pagi, Cabutan Bertuah Lima Kali!

Hujung minggu tidak lagi sunyi kerana ada sahaja program dan aktiviti permotoran diadakan dan salah satunya, program Komuniti Bike Day Old Town Bangi yang berlangsung pada 5 November lalu. Program yang diselaraskan oleh Jalinan Ukhuwah Event OTB Route 31 ini dimulakan seawal pukul 8.00 pagi dan berlanjutan sehingga pukul 5.00 petang.

Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dimeriahkan dengan kehadiran pengunjung serta para peserta, bermacam-macam aktiviti telah disediakan. Antara yang menarik perhatian para pengunjung termasuk Motorshow, Sembang Permotoran Malaysia, Cabutan Bertuah, Lelongan Barangan dan juga aktiviti santai yang memberikan ruang untuk pengunjung khususnya peminat permotoran dua roda berkenalan dengan lebih mesra lagi.

Apa yang istimewanya, segmen Cabutan Bertuah diadakan sebanyak lima kali serta menawarkan bermacam-macam hadiah lumayan yang pastinya membuatkan para pemenang bertuah tersenyum gembira. Para peserta turut diberikan Sijil Penghargaan tanda terima kasih pihak penganjur. Tahniah kepada semua pemenang dan juga para penganjur kerana berjaya menganjurkan satu lagi program permotoran dua roda yang menyeronokkan!