Berkumpul Beramai-Ramai Dan Beriadah Sambil Patuh SOP

19 Februari menjadi tarikh keramat kerana buat pertama kalinya Yamaha Sport Northern Community (YSNC) telah berkonvoi dan mengejutkan semua penduduk serta pelancong yang hadir di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak. Disertai seramai 13 ahli, diiringi bunyi ekzos dan asap membuatkan konvoi mendapat perhatian ramai.

Keadaan cuaca yang panas dan menarik sangat membantu melancarkan perjalanan. Sebanyak 13 buah jentera Ysukan (Yamaha Sport 100) bersama 13 ahli YSNC hadir berpuas hati dengan aktiviti yang dianjurkan. Bagi makluman, YSNC Kulim Kedah mempunyai ahli seramai 20 orang.

Pengalaman baru terukir bagi setiap ahli yang hadir di mana perjalanan pergi dan balik semuanya berkeadaan baik. Segala peraturan SOP dari KKM dipatuhi setiap ahli bagi memutuskan rangkaian covid-19 dari terus merebak. Setiap ahli yang hadir konvoi diwajibkan lengkap 2 dos vaksin, tidak demam dan sentiasa memakai pelitup muka dari awai sehingga tamat program.

Ditubuhkan pada tahun 2018, keseluruhan ahli YSNC datang dari daerah Kulim Kedah dan negeri Pulau Pinang. Kelab ini sangat mengalu-alukan penyertaan ahli baru yang benar-benar boleh mengikuti aktiviti seperti keluar berkonvoi dan sentiasa aktif.

Di Ban Pecah, para peserta sempat singgah di Pitstop Ban Pecah serta bertemu dangan pemiliknya iaitu encik Syed Kamalrul Sufian Bin Syed Kadiron Mustafa yang sentiasa peramah dengan semua pelancong yang hadir.

Ahli-ahli kelab YSNC Kulim mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada presiden kelab iaitu Encik Abdul Latif Bin Abdullah yang sentiasa aktif menyusun program-program. Tidak lupa juga, Encik Abdul Razak Bin Buhari sebagai penasihat kelab yang disegani bagi para kaki motor klasik di Daerah Utara Kulim Kedah.

Setinggi penghargaan diucapkan kepada semua sahabat yang sentiasa mendoakan kelab YSNC Kulim. Semoga terus maju jaya di masa akan datang. Sila layari Facebook YAMAHA SPORT NORTHERN COMMUNITY sekiranya berminat untuk sertai kelab ini.