Berkelab Bukan Sekadar Suka-Suka

Ditubuhkan pada 20 Ogos 2013, kelab Ninja Puchong Bikers 250 ini pada awalnya dianggotai 6 orang rider yang menggunakan jentera Kawasaki Ninja Z 250, SL 250, SL Naked 250. Manakala lokasi penubuhan kelab ini pula adalah di Restoran ABM Mydin Puchong Utama. Mempunyai dana sendiri hasil sumbangan ahli dan jualan pelekat, baju kelab dan sebagainya, kelab ini mengadakan perjumpaan pada setiap malam Jumaat dan lokasinya mengikut ahli yang ingin menjadi tuan rumah.

Ninja Puchong Bikers 250 telah menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah Ride Asam Pedas Melaka, Ride Mee Bandung Muar Johor, Ride Ke Kuala Selangor, Ride Ikan Patin Temerloh Pahang, Ride Nasi Dalam Buloh Sungkai Perak dan banyak lagi. Selain itu turut menyertai aktiviti ride dan ride amal bersama Gabungan Bikers Malaysia dan ride anjuran Roadstar/Gtmax. Disamping itu juga, Ninja Puchong Bikers 250 turut memberi sumbangan berbentuk wang kepada masjid, bantuan banjir di Pantai Timur.