Baru-baru ini, CRS Perak Official telah mengadakan program konvoi dengan kerjasama Keith Cruiser Helmet yang merupakan jenama helmet yang sedang meningkat naik keluaran Syarikat Great Wall Accessories (M) Sdn Bhd.
Bermula seawal jam 9 pagi, konvoi yang diketuai saudara Zam dan dibantu oleh saudara Jay ini bergerak menuju ke destinasi pertama iaitu ke Bandar Agacia yang terletak di Bandar Baru Kampar. Kesemua peserta yang menyertai program konvoi ini memakai helmet Keith Cruiser yang cantik dan selesa.Setibanya di Bandar Agacia pada jam 11 pagi, kesemua peserta konvoi mengambil kesempatan untuk bergambar bersama helmet kesayangan masing – masing. Bagi makluman, helmet ini sesuai dipakai semasa berkonvoi kerana mempunyai ciri – ciri keselamatan yang disahkan oleh SIRIM disamping reka bentuknya yang sporty.Selesai bergambar di Bandar Agacia, konvoi bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Bandar Teluk Intan pula untuk bertemu sahabat-sahabat CRS Perak dari Daerah Hilir Perak. Destinasi yang menjadi tumpuan apabila ke Bandar Teluk Intan pastinya Menara Condong yang merupakan Ikon bandar di daerah Hilir Perak. Konvoi disambut sahabat-sahabat Honda RS dan RSX yang turut hadir dari Utara dan Lembah Klang.
Kesemua peserta konvoi tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama sebelum bersurai pada sebelah petang tepat jam 6.30. Di kesempatan ini, CRS Perak Official mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ms Andy Lai dari Great Wall Accessories (M) Sdn Bhd di atas kepercayaan beliau untuk kami mempromosikan helmet Jenama Keith Cruiser ini.
Perkongsian : Zam CRS Perak Official