Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official telah menganjurkan program ke Cameron Highlands Bersama Foxdry pada 30 Oktober yang lalu. Program ini telah disertai seramai 50 orang peserta dan diketuai oleh saudara Zam.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan baju hujan jenama terkenal dan sangat diyakini para penunggang motosikal iaitu Foxdry keluaran syarikat Great Wall Accesorries. Peluang ini juga digunakan para peserta untuk beriadah santai di kawasan tanah tinggi Cameron Highlands.
Program dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan sesi taklimat ringkas tentang aturcara program sebelum bertolak dari stesen minyak Petronas Jalan Simpang Pulai β Lojing dalam keadaan cuaca ketika itu mendung. Perjalanan dimulakan pada jam 11.00 pagi dan destinasi pertama yang dituju ialah Route 185 untuk sesi bergambar di banjaran yang ada di Route 185. Ketibaan Konvoi disambut dengan cuaca hujan seolah-olah kena dengan tema program pada hari tersebut.
Selesai sesi bergambar bersama Foxdry, para peserta konvoi meneruskan perjalanan ke majlis jemputan dari pemilik Kedai Route 185 sempena perkahwinan anak beliau. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan di atas jemputan untuk memeriahkan lagi majlis.
Program konvoi bersama Foxdry meneruskan perjalanan ke Masjid Lojing untuk menunaikan solat. Kesempatan ini juga diambil para peserta untuk bergambar kenangan di persekitaran masjid yang begitu indah seolah-olah berada di luar negara dengan cuaca berkabus. Selesai menunaikan solat dan sesi bergambar di Masjid Lojing, peserta konvoi dibawa ke Ladang Teh Boh di Sg. Palas untuk bergambar kenangan bersama Foxdry yang berlatar belakang suasana hijau pokok teh.
Seterusnya, konvoi meneruskan perjalanan ke Brinchang untuk jamuan pada sebelah petang di mana makanannya ditaja oleh McDonaldβs Brinchang, Cameron Highlands. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan kerana sudi menaja makan petang para peserta konvoi pada petang itu.
Walaupun diiringi hujan sepanjang perjalanan di Cameron Highlands, tidak menjadi penghalang kepada para perserta konvoi kerana adanya baju hujan Foxdry yang ternyata berbaloi. Para peserta sangat berpuas hati kerana baju hujan Foxdry ini berjaya melindungi dari kebasahan dan kesejukan. Selesai sesi makan petang dan sesi bergambar kenangan, para peserta konvoi bergerak ke Pasar Tanah Rata untuk membeli belah dan bergerak pulang pada jam 6 petang.
Di kesempatan ini, saudara Zam mewakili Kelab Komuniti Crew RS15O Perak Official mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr Andy Lai dari Foxdry kerana sudi menjemput untuk mempromosikan baju hujan dikenali ramai itu. Jutaan terima kasih juga kepada Roadstar yang sentiasa menyokong aktiviti permotoran Kelab Komuniti Crew RS15O Perak OFFICIAL.
Pihak kelab Komuniti Crew RS150 Perak Official juga mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi pernghargaan kepada pihak pengurusan McDonaldβs Cameron Highlands yang menaja makanan kepada para peserta konvoi pada hari tersebut.
Sekiranya berminat untuk memiliki baju hujan Foxdry, sila hubungi;
ππ«πππ πππ₯π₯ πππππ¬π¬π¨π«π’ππ¬ (π) πππ§. ππ‘π
ππ‘πππ¬ππ©π©:
Lucas 017-871 2775
https://60178712775.wasap.my
Mr. Tan (Wholesale) 019-371 9489
https://wa.link/o9sjb8
ππ‘π¨π©ππ:
https://shp.ee/3cdgd2t