Beri Jaminan Selama 24 Bulan

Pembuat jenama bateri terkenal Koyoko, hadir dengan dua produk bateri litium terbaharu dengan jaminan dua tahun atau 24 bulan kepada pengguna bateri motosikal milik mereka ketika ini. Terdapat dua model pilihan Koyoko Bateri Litium iaitu model LFP7A-BS dengan kekuatan 12.8V 60WH 70CA dan LFP 5S 12.8V 50WH 60 CA yang mana kedua-dua bateri litium ini memiliki keupayaan dan jangka hayat ketahanan masing-masing.

Baik untuk pengguna motosikal suntikan penuh (fuel-injection), penggunaan bateri litium dalam kenderaan bermotor semakin pesat. Untuk kandungan tenaga yang sama, bateri litium merupakan empat kali lebih ringan daripada bateri asid plumbum namun menelan kos yang lebih tinggi sedikit berbanding bateri biasa.

Untuk rekod, motosikal tidak memerlukan bateri untuk dihidupkan, sebaliknya bergantung kepada sistem pencucuhan ‘points and condenser’, tetapi kini bateri telah semakin maju bagi membekalkan kuasa untuk penghidup enjin, sistem pencahayaan, pencucuhan elektronik (ECU) serta gegelung, bantuan menunggang, dan pelbagai lagi sistem dan aksesori elektrikal dan elektronik.

Baterilah yang menjana ke semua sistem tersebut sewaktu motosikal dihidupkan dan apabila sistem pengecasan motosikal tidak mampu menghasilkan kuasa yang mencukupi, contohnya ketika motosikal berhenti terlalu lama sewaktu berada di lampu trafik.

Bateri litium dari Koyoko merupakan produk bateri popular masa kini, walaupun ianya belum dilengkapkan pada kebanyakan motosikal baharu kerana kosnya yang agak tinggi berbanding bateri biasa yang sering digunakan.

Sebagai ringkasannya, kelebihan bateri litium mempunyai banyak kelebihan antara faktor yang mendorong kebanyakan pengguna kenderaan bermotor memiliki bateri litium sehingga ia memberi penjimatan yang besar sehingga 80% berbanding versi bateri biasa (bateri konvensional).

Masa pengecasan hanya boleh dilakukan selama 5 minit sahaja dan jangka hayat bateri litium pula dianggarkan mampu bertahan secara minimum antara 5 hingga 10 tahun bergantung kepada penggunaannya.

Pada masa ini, penyelidikan ke dalam bateri litium boleh dicas semula sedang didorong terutamanya oleh keperluan dalam industri automotif untuk hayat perkhidmatan yang panjang dan hayat caj, arus pelepasan yang tinggi, keperluan untuk pengecasan pesat, dan, tambahan, sasaran kos.

Disediakan oleh : Mohd Izzuddin Kamaruddin

* Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.koyoko.com.my/

KOYOKO M P SDN BHD
Plot 163, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11,
Mukim 13, Kawasan Perindustrial Bukit Minyak,
14100 Seberang Prai Tengah,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : +604 502 0139
Email : sales@koyoko.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/koyokosales
Web : https://koyoko.com.my/
Agen-agen KOYOKO boleh didapati di www.koyoko.com.my/dealers-2

Koyoko-App-Download