Seramai 150 orang jemputan telah hadir memeriahkan program Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz Al-Ghoniah yang diadakan pada hari ke 20 Ramadan bersamaan 26 Mei yang lalu. Diadakan di Surau Kg. Kuala Johol, program ini merupakan satu lagi aktiviti kebajikan anjuran KW Motorsport.
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk bacaan yasin dan tahlil di atas pemergian arwah abang pomen pada bulan Ramadan. Selain itu, para peserta berkesempatan melakukan solat berjemaah bersama para pelajar Tahfiz Al-Ghoniah.
Bagi memeriahkan lagi suasana program, turut tidak ketinggalan diadakan adalah aktiviti yang melibatkan motor iaitu konvoi bikers. Tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada jemaah Surau Kg. Kuala Johol, bikers V-Rider MC dan jemputan lain kerana sudi menjayakan majlis.