Beramal Kebajikan Tiada Batas, Tanpa Mengira Masa Dan Tempat

Kelab Komuniti CRS Perak dengan kerjasama unit NGO Sukarelawan Terbaik Taman Anda (STTA) Dan Otai Ride Santai (ORS) telah bergabung menjayakan Program Bantuan Amal pada 21 Februari yang lalu. Program ini diketuai oleh saudara Zam dan dibantu oleh saudara Jay dari CRS Perak, manakala lokasi yang dipilih adalah Pondok Tok Ayah Al Jaafar yang terletak di kawasan Gua Tempurung, Gopeng, di negeri Perak.

Para peserta konvoi telah berkumpul sekitar jam 11.00 pagi di lokasi yang ditetapkan setelah mendapat kebenaran perjalanan dari Balai Polis. Seramai 15 orang telah mengikuti konvoi ini termasuk wakil Dari STTA iaitu saudara Zaini dan saudara Zainal. Turut hadir juga wakil dari Otai RS iaitu saudara Jefri dan saudara Fitri.

Sebelum perjalanan dimulakan, para peserta diberi taklimat mengenai SOP yang telah ditetapkan dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Sabri. Bagi memudahkan pengagihan barang sumbangan, konvoi ini disertai 2 buah kereta kepunyaan saudara Khir dan saudara Kuplai Khan yang membawa barangan seperti beras, telur, gula, minyak dan bihun untuk dibawa ke Pondok Tok Ayah Al Jaafar.

Para peserta konvoi tiba tepat jam 12 tengahari dan disambut Pengetua Pondok iaitu En Mohamad Tarudi Bin Bahari. Rombongan diberikan taklimat ringkas tentang SOP di pondok dan situasi di sekitar pondok. Pondok ini juga mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk memastikan operasi Sekolah Pondok Pengajian Al Quran Al Jaafar berjalan lancar.

Seterusnya, para peserta konvoi disediakan jamuan ringan dan selepas itu dibawa melawat sekitar sekolah pondok. Disamping itu, mereka juga sempat bersama pelajar pondok menunaikan solat fardhu Zohor bersama-sama. Selepas selesai menunaikan solat fardu Zohor, rombongan para peserta konvoi mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama Pengetua dan kakitangan Sekolah Pondok pengajian Al Quran Al Jaffar sebelum berangkat pulang.

Perkongsian : Zam Kms