Benelli Leoncino 250 Bakal Masuk Pasaran India

Di India, motosikal 250cc dilihat sebagai motosikal paling versatile enjin bersesaran praktikal di pasaran. Memandangkan jalanraya yang sentiasa sesak dan jalan pendalaman yang sempit, motor dalam segmen ini mempunyai kuasa yang cukup untuk menyelusuri lebuh raya dengan cekap serta sesuai untuk ditunggang secara santai di hujung minggu.

Segmen ini didominasi oleh Yamaha dengan FZ 25, Bajaj dengan Dominar 250 dan Pulsar 250F, KTM dan Husqvarna juga menawarkan premium ke dalam segmen 250cc masing-masing menerusi 250 Duke dan Svatpilen 250

Menerusi segmen yang sama, Benelli merancang untuk memasuki pasaran India dengan motor Leoncino 250. Motosikal terkecil Lion Cub of Pesaro ini telah pun berada di pasaran Eropah dan pasaran Asia lain sejak tahun lepas.

Dilengkapi dengan enjin silinder tunggal yang pematuhan BS6 bersama penyejukan cecair dan menghasilkan 24hp. Walaupun bersaiz kecil ia masih mempunyai kuasa yang sama dengan pesaing dalam segmennya. Disepadankan pula dengan kotak gear manual 6-kelajuan, melancarkan pengaliran kuasa ke roda belakang.

Selain itu, turut didatangkan dengan monoshock belakang boleh laras, kelengkapan ABS di bahagian cakera brek depan dan belakang, lampu LED dan pemapar digital LCD penuh bersama mode siang dan malam dengan kit standard.

Sumber : Rideapart.com