MV Agusta sering kali mengeluarkan model yang cantik dan terhad. Antaranya Superveloce dan MV Agusta Ago yang mempunyai pengeluaran terhad sebanyak 311 unit. MV Agusta turut menampilkan motornya ketika EICMA 2021 dan berjaya memenangi gelaran Most Beautiful Bike pada tahun itu.
Bagi tahun 2022, jenama ini sekali lagi mengeluarkan motosikal satu seumpamanya yang digelar sebagai Testalarga yang diterjemahkan dari bahasa Itali sebagai “Broadhead.” Teaser pertama untuk motosikal ini telah dikongsi di Instagram beberapa hari lalu.
Gambar utamanya menampilkan tempat duduk Superveloce. Beberapa gambar lain turut dimuatkan seperti fairing bahagian kiri dan juga warna yang ada pada badan motosikal. MV Agusta akan menggunakan warna yang sama ke atas Ago dengan warna merah, putih dan emas. Jika dilihat dengan lebih teliti, MV Agusta akan memadankan ia dengan rim berwarna kuning, atau mungkin di bahagian depan.
Seterusnya, gambar belakang atau ekor Superveloce yang memperlihatkan perincian seperti tiga warna Itali serta ejaan nama di tempat duduk. Penutup tangki minyak pula ada warna emas. Gambar terakhir pula, gambar belakang motosikal. Selepas siri teaser ini, MV Agusta berkongsi lagi gambar di Instagram dan Facebook yang memperlihatkan rim belakang dilayangkan warna emas serta dibaluti tayar Pirelli.
Setakat ini, MV Agusta belum memberitahu tarikh pelancaran yang tepat. Buat sementara itu, kita hanya mampu tunggu dan lihat untuk pelancaran motor Testalarga.
Sumber : Rideapart