Beberapa Elemen ‘Pinjaman’ Membuatkan BMW Ini Tampil Seakan Sebuah Scrambler

Persada komuniti modifikasi motosikal di Austria tidak akan sama tanpa NCT Motorcycle, itu apa yang dinyatakan portal automotif Autoevolution. Bagi memperkukuhkan lagi kata-kata itu, Autoevolution turut memaparkan salah satu jentera hasil modifikasi NCT Motorcycle iaitu sebuah BMW RS100RS.

Didalangi oleh tiga pemuda di belakang NCT Motorcycle iaitu Kurt Kosjek, David Widmann dan Manuel Tilke yang sepakat memilih BMR RS100RS untuk menjayakan projek ini tetapi hasil akhirnya? Ia tidak lagi sebuah sport tourer yang sama!

Selepas menanggalkan segala item kilang selain tangki bahan api, perkara yang paling penting adalah untuk membina semula enjin Beemer. Justeru, powerplant kotak berkembarnya menerima pelbagai pilihan internal yang baharu dan menghembus keluar menerusi paip dua-kepada-satu buatan tangan yang diakhiri dengan peredam Akrapovic di bawah tempat duduk.

Antara ciri yang paling menonjol dalam motor ini adalah anjakan pantas (quickshifter) yang disediakan oleh KLS Motorsport. Kosjek, bertanggungjawab tentang bahagian elektrik, pendawaian semula kepad bateri litium-ion dan modul kawalam m-Unit Motogadget. Bagi mempertingkatkan suspensi R100 ini, NTC telah memasang fork terbalik Showa Ducati 900SS di bahagian hadapan dan Ohlin di bahagian belakang.

Susunan bahagian hadapan dipegang oleh triple clamp buatan kustom, bahagian atasnya pula dipasangkan dengan speedometer digital Motogadget. Perisian sistem pemberhentian juga telah dipertingkatkan dan boleh dilihat di bahagian bawah, terdiri dari disk apung berkembar dan kaliper moden Brembo. Roda asal masih lagi digunakan, menggunakan getah dua kegunaan dari inventori Heidenau.

Stok sub-kerangka telah digantikan dengan tempat duduk minimalistik yang dialaskan dengan upholstery lebih anggun selain fender belakang buatan tangan. Sentuhan terakhir memang menarik perhatian, bar pemegang, tempat letak kaki belakang dan juga headlight LED. Akhir sekali, R100RS yang kini digelas sebagai Black Stallion dilayangkan dengan cat warna hitam serta aksen emas oleh Manuel.

Sumber : Autoevolution