Tular beberapa minggu lepas tentang plot Batman dan Ayahanda Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali dengan nama King Of Report. Atas bantuan beberapa orang rakan, kami berjaya menjejaki Batman Malaysia tersebut dan apa yang lebih menarik, kami berjaya menyatukan mereka.
Abdul Rani atau lebih mesra dengan panggilan “ayah” adalah Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Beliau yang berasal dari Kajang kini berusia lebih 60 tahun dan memiliki dua orang isteri bersama 9 orang anak.
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ayahanda Rani juga meminati motosikal. Beliau kini menunggang motosikal Naza Cruise 650cc. Ia adalah sebuah motosikal cruiser dengan Enjin 4-lejang, DOHC, 8-injap 90 darjah, V-Twin 647cc penyejuk air Kuasa 74 BHP @ 9,000rpm Tork puncak 62.1Nm @ 7,500rpm.
Dikenali dengan nama Batman Malaysia Dark Knight, tidak ramai yang dapat mengenali dengan lebih dekat siapa di sebalik kostum adiwira tersebut. Masih tidak mahu dikenali ramai, Batman ini sebenarnya seorang penghibur yang juga merupakan Penasihat Kelab Motor Naza N5 & N5R Malaysia (N5VERS Racing Team) Motosikal Batman Malaysia.
Motosikal pelik yang anda lihat ini asalnya dibina dari enjin 4 Lejang Modenas Jaguh 175cc. Semua pembuatan kerangka dan pacuan adalah kerja custom sepenuhnya dari anak tempatan yang dikenali dengan nama Bro Omar atau Mr Fox Batman dari EASTERN BOBBER.
Ayah tengah jalan-jalan beli barang di Nilai 3, ayah terjumpa Batman ni dengan motor dia merayap tak tentu pasal tak tahu ke mana arah. Ayah tangkap dia dan ajak dia minum the tarik…terus Ayah ajor dia Bahasa Melayu dan terus pandai bercakap bahasa kita. Ayah namakan dia ‘Batman Malaysia’. Hahaha. Kipidap. Dongibab.
Boleh ler jadi bodyguard Ayah untuk majlis-majlis rasmi. Terhiburlah sikit hati anak-anak tempatan kita yang membesor dengan cerita Batman ni. Ingat tu, Ayah yang tangkap Batman. Siapa yang kuat sekarang? Hahaha. Kacokite.
Rasenyer kome semua dah tahu jawapan dia. Tengokler, ‘kan Ayah jauh lebih hensem dan glamour dari Batman kat Malaysia ni.
Betul ke Batman Malaysia nak jual motor?
Meh ler ayah jawab. Betul, dia nak pergi umrah. Kepada orang ramai yang dah terlebih duit tu, boleh beli motor Batman yang dibuat sendiri oleh anak tempatan kita. Sebijik macam movie Batman Dark Knight tu. Cumer tayar jer kecik sikit. Maklumlah, kalau tayar besor mana muat jalan raya kiter ni? Call jer 016-265 9857 / 012-396 5341.
Ayah nak pesan, penunggang motosikal tidak kira cc kecil atau besar, kita adalah duta keselamatan jalan raya. Cuba kita imbas semula, kebiasaannya apabila berlaku kemalangan jalan raya. Sebelum ambulans sampai, mesti penunggang motosikal yang datang memberi bantuan.