Basikal Elektrik Edisi Terhad, Dijual Pada Harga Bermula RM21,000

Sebut sahaja Hot Wheels pasti ramai yang tahu kerana ia bukanlah asing dalam menjalin kerjasama menghasilkan produk edisi terhad. Baru-baru ini, pengeluar kereta mainan die-cast itu telah bekerjasama dengan dengan syarikat Super73 untuk menghasilkan basikal elektrik (e-bike) edisi terhad Super73-RX.

Basikal yang mendapat sentuhan gaya Hot Wheels tersebut dijual pada berharga AS$5,000 (RM21,185). Ia ditawarkan dalam warna hitam dipadankan grafik Hot Wheels biru oren pada pek bateri serta kemasan sulaman Hot Wheels di belakang tempat duduk.

Sebanyak 24 unit sahaja Hot Wheels X Super73-RX akan dihasilkan di kilang pemasangan di California Selatan untuk pasaran Amerika Syarikat. Hot Wheels X Super73-RX mendapat khidmat pek bateri 960Wh dengan anggaran jarak tunggangan 64km pada kelajuan 32km/j.

Basikal berkenaan mengambil masa 12 hingga 16 minggu untuk dibangunkan selepas tempahan. Setiap pembelian akan disertakan kereta miniatur khas Ford Bronco tona sama seperti e-bike.

Sumber : Mekanika / Autoweek