April lalu, Suzuki membawa naked bike GSX-S1000 dengan pengimejan semula yang lebih ‘tajam’ ke pasaran. Kini, ia sudah pun dilengkapi pematuhan Euro 5, kosmetik baharu dan enjin inline-four 999cc. Model untuk tahun 2022 ini seiringan dengan para pesaingnya dari Eropah dan juga Jepun. Sementara GSX-S1000 baharu membawa platform naked Suzuki kembali, apa yang mencuri perhatian adalah varian sport-touring.
Suzuki membuktikan bahawa khabar angin tersebut adalah benar dengan mendedahkan model GSX-S1000GT 2022 ini. Berasaskan GSX-S1000 yang telah dikemaskini, trim GT ini mengekalkan enjin K5 GSX-R1000, penyejuk cecair, DOHC, 999cc inline-four dan juga menerima talaan counterpart naked yang menghasilkan 150hp pada 11,000 rpm dan tork 79.7 lb-feet pada 9,250 rpm.
Menurut laporan Rideapart, GT berkongsi DNA dengan GSX-S1000 yang membezakannya dengan kemudahan touring-friendly. Fairing depan baharu dengan windscreen lebih tinggi. Pasukan Hamamatsu telah membentuk aerodinamik yang lebih efisien dengan kluster headlight yang direka semula, mirip fascia Yamaha Tracer 7.
Penunggangan di jalan yang terbuka menjadi lebih baik dengan bar pemegang dan tapak letak kaki diletakkan getah sekaligus mengurangkan getaran. Pelana tempat duduk baharu memberikan keselesaan kepada penunggang dan pembonceng untuk penunggangan jarak jauh. Pada bahagian kokpit, disediakan papan pemapar TFT 6.5-inci berwarna penuh, menggantikan LCD GSX-1000. Ia juga dilengkapi dengan ketersambungan telefon pintar, sistem yang memberikan kemudahan untuk penunggang motosikal mengawal navigasi dan juga panggilan masuk.
Sistem brek pula menggunakan Brembo GSX-S1000 dengan talaan suspensi dari KYB, chasis GT chassis lebih ringan dengan roda aluminium 6 jejari. Dijual pada harga $19,000 USD (RM79,409.35), GSX-S1000GT ditawarkan dalam tiga warna royal blue, navy blue dan gloss black. Ia dijangka tiba di bilik-bilik pameran dan wakil pengedar di Eropah pada November ini.
Sumber : Rideapart