Baik motosikal berkuasa kecil mahupun segmen besar, rantai kendur atau tidak tegang selalunya menghantui ramai penunggang. Kadangkala ianya (motosikal) masih boleh bergerak namun jika tidak bernasib baik ianya boleh tertanggal dari sprocket sekali gus mengundang bahaya. Paling kerap berlaku adalah pada motosikal berkuasa kecil seperti Yamaha Y15. Meskipun bukan satu masalah yang cukup besar namun, sedikit sebanyak prestasi motosikal yang biasanya optimum mungkin boleh berubah merundum.
Sekalipun rantai dan sproket masih baharu, ia kerap terjadi memandangkan sproket dan rantai dicipta untuk membantu menyalurkan kuasa dari enjin ke roda belakang, dan prestasi akan merosot mengikut tempoh masa penggunaan yang kerap dilakukan. Jika anda sering berdepan masalah rantai kerap kendur, apa kata cuba produk MMate – Y15 Chain Adjuster yang dikhususkan bagi pemilik motosikal Yamaha Y15 dewasa ini.
Y15 Chain Adjuster merupakan produk aksesori tambahan yang bukan sahaja membantu mengekalkan kelajuan optimum malah ia menyenangkan jika anda malas untuk memegang spanar atau kedai motosikal yang jauh dari kediaman mahupun tempat kerja. Produk OEM dari MMate telah diakui oleh pemilik motosikal tempatan, bukan sahaja berjaya menyelesaikan masalah rantai kendur atau tidak tegang malah ianya tampak bergaya dengan corak yang bersesuai dengan imej dan motosikal.
Terdapat 5 pilihan warna seperti Gold, Biru, Hitam, Perak dan Titanium, MMate Y15 Chain Adjuster merupakan produk yang diuji sepenuhnya dan ianya turut diuji dalam siri perlumbaan termpatan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Motomate (M) Sdn Bhd;
03 – 4041 3380, 03 – 4041 6418, 03 – 4042 9844 dan 03 – 4045 8288.
FB: https://www.facebook.com/motomate3218/