Aprilia RS 660 Trofeo, Kini Untuk Semua?

Dilancarkan pada Januari lalu, Aprilia RS 660 Trofeo akan berentap dalam dua perlumbaan iaitu MotoAmerica Twins Cup Road Atlanta Race 1 dan Aprilia Racing RS 660 Trophy series. Kini, Trofeo dibuka untuk pelanggan bukan pelumba.

Terdahulu, motor ini eksklusif untuk ahli-ahli dan pelumba perseorangan, Trofeo kekal digunakan untuk perlumbaan. Aprilia mengekalkan enjin 660cc parallel-twin dan kerangka aluminium ringan yang meningkatkan prestasi dengan komponen premium. Bebas pelepasan dan bunyi bising, turut dikeluarkan adalah bahagian-bahagian homologasi sekaligus mengurangkan berat sehingga 337 paun dan kuasa kuda meningkat ke 105.

Selain itu, Aprilia turut melakukan perubahan agar RS 660cc ini lebih bersifat ergonomik di atas jalan dan dalam masa sama masih sesuai digunakan atas litar.

Sumber : Rideapart.com